Followers

Pages

Monday, 27 June 2011

Choi Sung-Bong

Salam

korang penah layan tak video ni? mari tengok. sedey sangat. huhu. mengisahkan seorang lelaki yang sangat tabah! huhu. hidup bersendirian dari umur 5 tahun sehingga sekarang. 


sudahla survive sendirian untuk hidup. ditambah dengan semangat wajanye. 
he deserve to win and enjoy all the happiness in this world. suara dia. miracle.



semua menangis mendengar lagu nyanyiannye. terharu. seolah-olah menceritakan kisah hidupnye. kan. kan. kan.

i just want him to be happy from now on.

Onion Icon

*tak sabar menantikan persembahan Choi Sung-Bong lagi*


da~

yeh! SEPAH menang

Salam

no doubt!


maharaja lawak adalah

SEPAH


habis manis, SEPAH tak habis. habis. muhaahaa. 
suke sangat sepah menang! suke sangat. sangat. sebab tiap-tiap minggu bole terguling-guling kot gelak dengan lawak dorg. tengok banyak kali pon masih gelak terbahak-bahak lagi. memang legend la korg. huhu.teruskan perjuangan kalian!


hasil usaha gigih setiap minggu dengan lawak konsisten. walaupon tak pernah tersenarai ditempat pertama bagi undian penonton. syabas sepah. sepah menewaskan 

JOZAN


tahniah juga buat jozan. berjaya merangkul tempat kedua. hebat tu. 

paling best. tahniah buat

SHUIB SEPAH 

sebab nak dapat baby. rezeki baby. semoga berbahagia selalu.


i heart hatta dolmat couture. erghh!

ade satu rahsia. tetttt...

oh. i'm in love with 

JEP SEPAH

*kalola dia tau. kan best! hehe. huhu*


da~

Sunday, 19 June 2011

Rambut Melody

Salam

selamat malam ols!

weekend ni buat ape? hehe. dating. shopping. with family. lepak dengan member-member.
ape-ape pon, jaga diri dan jaga keselamatan diri okey. hihi.

ceria tak?! ceria kan! sebab dapat rambut baru. haha. jangan jeles. hihi. rambut macam melody. chelsea olivia dalam cerita cinta melody laaaa. haha.


cantik tak rambut macam melody tu?! haha. macam tula rambut nana buat. hehe. suke! tapi nak maintain susahla kan. huhu.


bob style. tapi depan tu tak kasi pendek sebab nanti bile dah panjang susah nak jaga. huhu. kena selalu blow lagi.

sebenarnye, nana buat rambut ni sebab ade promosi kat kedai kat rumah ni. rm8 je! murah tak? hehe. tak ade maknenye nana nak buat rambut sampai  beratus. huhu. rugi den. haha. tapi tak tahula promosi sampai bile. Ego Creative Hair Studio. cantik. kemas. teliti. itula yang bole digambarkan apabila hair stylish tu buat keje. puas hati. 

hair stylish tu kate, rambut banyak gugur. kena buat scalp treatment. sekurang-kurangnye sebulan sekali. anda semua ade buat tak? huhu. bile dia cakap macam tu, rase takot pulak. huhu. nak maintainla buat sebulan sekali. huhu. agak-agaknye terbuat tak nanti? huhu. nana memang kurang menitikberatkan isu rambut ni. huhu. kena belajar titikberatkan jugakla mulai sekarang.

sayangi rambut anda!


da~

Selamat Hari Bapa 2011

Salam

Salamat hari bapa, abah ku!

Onion Icon

sayang abah!


thanks a lot coz cherish my whole life! 
selalu sokong akak time tidak disokong oleh mak. hihi.


da~

Wednesday, 15 June 2011

Lunar eclipse

Salam


sume berjaga ke semalam nak tengok gerhana bulan penuh? huhu. nana nak tengok. tapi kan. tetido. huhu. penat sangat buat labwork semalam. huhu. ingat nak tido-tido ayam aje. tapi sedar-sedar je alarm clock berbunyi dengan kencang. huhu. sedih. pegila balik lab hari ni dengan rasa hampa.

gerhana bulan 
bumi berada diantara matahari dan bulan. Bulan akan melalui fasa dari cerah kepada gelap sikit demi sedikit. Fenomena gerhana penuh berlaku bila matahari, bumi dan bulan pada keadaan selari dan bulan gelap sepenuhnya.

empat gerhana matahari separa dan dua gerhana bulan penuh akan terjadi pada tahun 2011. Kombinasi empat dan dua gerhana dalam satu tahun ini adalah peristiwa yang jarang terjadi.

gerhana matahari separa pada 2011 akan terjadi pada 4 Januari, 1 Jun, 1 Julai dan 25 November. 

gerhana bulan penuh akan terjadi pada 15 Jun dan 10 Disember. 

kombinasi empat gerhana matahari dan dua gerhana bulan dalam setahun hanya akan terjadi enam kali sepanjang abad ke-21, iaitu pada tahun 2011, 2029, 2047, 2065, 2076, dan 2094.

*sumber diperolehi dari National Geographic Indonesia*

sape tengok  gerhana bulan penuh semalam? cite la. nak tau jugak. huhu.

bole tengok live kat sini. tapi dah terlepas bole tengok lagi ker? huhu.

kite sebagai muslim juga disunatkan solat sunat gerhana sepanjang gerhana berlangsung. nak tau panduan solat sunat gerhana? jomm...

btw, comel kan google buat ni. hehe. comel je pagi-pagi buka google, tengok benda ni. terubat ckit nak tengok gerhana. huhu. hehe. 


da~