Followers

Pages

Tuesday, 31 May 2011

M&M's vote

Salam
sume!!! jom vote M&M pulak. hihi. comel je tengok kaler-kaler nih kan. ape kate ramai-ramai vote. manela tau menang USD 1,000. hehe. seronok kan?


here are the candy-dates. hihi. with their own character. come on and vote!
cute and sweet.

now leading...


2nd

3rd


4th


5th


please change the ranking! huhu.

vote di Malaysia bermula 1 jun 2011.
come on and vote!

mari tengok aksi mereka. hehe.


select the best candy! hoho.

to vote, please click here.

da~

Kekasih

Salam
joom tengok video ni. sweet sangat. nana menitiskan air mata tau. huhu. menghadapi liku-liku kehidupan sebagai manusia dan suami isteri. 

memandangkan sekarang ni musim cuti sekolah, ramai member kawin kan. semoga bahagia dan sabar menghadapi dunia perkahwinan.


sooo sweet kan!

da~

Lega

Salam
hari ni rase lega sangat sebab dah dapat hantar abstrak ke Taiwan! tapi bukan bermakna tak payah pikir dah. sebenarnye, kalo dapat pegi, banyak benda kena uruskan tau. huhu. cuak pon ade sehhh. huhu. tak apela. pengalaman, sape nak bagi kan.kan.kan.

dalam rase lega, tak lega jugak sebab banyak labwork tak siap lagi. huhu. i need to grad on time. huhu. please!

hari ni baru dapat merasa nak dok depan tv. melangut dan bersiap sedia nak tengok ape? macam sume orang tau je kan nak tengok ape. NORA ELENA lar. ape lagik. haha. syok wei. Aaron sangat hensem hokey! haha.


they are so sweet! 


i love this series so much! damn much. huuuu.


seswai kan dorg. romantik!


she's so cute!

episod hari ni. romantik habis. siap dukung-dukung. *berangan jap*. seronoknye! huhu.
okla. nak sambung berangan! jangan kaco. hahaha.

btw, sume pics amik kat facebook slot akasia nora elena. jum like! 

da~

Sunday, 29 May 2011

Sukenye Salma menang!

Salam uols.
sekarang ni nana kat library. nak kena siapkan abstrak ke Taiwan bulan 11 ni. huhu. tarikh akhir hantar abstrak adalah esok! yeh! haha. bole bersenang lenang nak hupdate blog kan. lantak. tak siap baru padan dengan muka sendiri. haha. dahla ade meeting dgn supervisor kol 5.30 petang ni nak bincang abstrak nak di hantar ke Taiwan. lagi nak hupdate blog. ha. ha. ha. 
biarla kan. kan. kan.


tau tak ape sebab nak hupdate sangat? sebab SALMA! hahaha. sebab SALMA menang MENTOR. 
suke. suke. suke!

caption
*gambar nih amik kat twitter Erra* 

jom follow dia beramai-ramai. ErraFaziraWC. jom kite follow Salma jugak. Salmah Asis.

suke sangat Salma menang sebab she deserved it. seriously! she all out last night. kagum dengan kesungguhan dia untuk bergelar artis.she very determined! tak mustahil dia menang. vokal memang mantap dan meletops gitu. tahniah jugak kepada mentornye Erra Fazira. she so lovely.

tahniah to both of u! dapat cruze + rm100,000 tuh! jeles! hoho.


tahniah jugak pada peserta lain kan. pertandingan yang sengit. menyengit. hehe.
habis kredit nana vote Salma. nasib menang. rase berbaloi. lega. hehe.


tahniah sume!!

so, setiap ape yang dilakukan, mestila bersungguh-sungguh. penuh ketabahan. insyaAllah. Allah lihat semua usaha kita dan Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. tapi....
perlukan kesungguhan dan ketabahan untuk mencapai kejayaan terhadap perkara yang diredhaiNya sahaja tau. bukan buat benda jahat. ingat tuh. hehe.

nasihat orang la bagai. diri sendiri tak siap lagi paper. even abstrak pon. haha.
gi sambung buat keje! hoho.

da~

Pilihan raya susu

Salam


spread the goodness of milk!


sape-sape ade vote tak? nana vote tau!
hari-hari kena minum susu. best kalau dapat susu perisa lain kan? hihi.
korang vote ape?


leading is...


2nd..


3rd..


4rd..


cepat vote! *dah tamat dah pon* hukhuk.
sudah terlambat ye nak vote.


nak tau nana vote ape?
tadaaaaa...


kalah! hukhuk.


sweet corn is the winner!

congratulation to sweet corn team!
Onion Icon

thanks to Dutch Lady Malaysia facebook for the pictures!

Friday, 20 May 2011

Urine infection

Salam
Hai semua! anda semua sihat? nana sudah kembali sihat selepas terkena urine infection. risau betol. 
Dr cakap, ade blood sikit dalam urine. terkezot. 
terus balik makan ubat sebab akan ada next appointment dengan Dr minggu depannya.
kene makan ubat!


ubat ni macam minum eno. okla. tak adela teruk sangat nak makan. 


macam biase. antibiotik. kena habiskan.


yang ni paling tak bole terima. sebab sangat pahit. macam minum alkali pekat! huhu.
tak mahu!

nasib baik lepas next appointment, Dr cakap dah ok. alhamdulillah.

kesimpulannye, 
Dr pesan suh banyak-banyak minum air. tak mo tahan-tahan kencing dan makan buah-buahan banyak-banyak. tu yang semangat buat fruit salad tuh! hihi.

jaga kesihatan ye kawan-kawan.
Onion Emoticons

Rezeki

Salam
Pernah ke anda semua berharap untuk mendapat pape cabutan bertuah, hadiah, menang contest or pape jela yang bole dikatakan macam bulan jatuh ke riba?

Macam nana, nana tak pernah terfikir untuk mendapat sume yang disebutkan di atas. sebab takot dikecewakan. takot kecewa. korang believe tak kalo terlalu mengharap akan jadi terlalu kecewa kalo tak dapat?

Tapi lain kan pemikiran sesetengah orang. sebab ade seseorang telah mengajar saya supaya berharap dan berangan untuk memiliki sesuatu, dan kite akan dapat! 

Semalam nana ade menghadiri satu majlis. biasela, selalunye dalam sesuatu majlis akan ade aktiviti dan salah satunya cabutan bertuah. nana register di majlis tu, dapat no cabutan bertuah. dalam hati berkata, "tak pernah seumur hidup dapat cabutan bertuah kot. tak payahla mengharap sangat nak dapat. confirm tak dapat".

Lepas tu, time cabutan bertuah berlangsung, berceritala kami sesame rakan sekerja tentang cabutan bertuah ni. tak pernahnye nak dapat nana ni. tapi ade seorang rakan memberitahu, jangan fikir macam tu. dari rumah lagi dah patut buat video dalam kepala, imagine yang kite akan menang or dapat sesuatu. erk? tak over ke macam tu kn? tak la. itu satu doa. kite mengharapkan sesuatu dariNya. senang je nak minta sesuatu dari Allah kan. sentiasa mendengar dan memberi walaupon kadang-kadang tanpa kita sedari.

Berbalik pada cerita sedang berborak semasa cabutan bertuah sedang dibuat, kawan yang bercerita tadi tetiba bangun dari kerusi dan cakap "no saya!". nana dan sorg lagi kawan rase berdebar dan terkejut! betol ape dia cakap!! memang kene imagine yang kite akan dapat sesuatu. insyaAllah dengan izinNya kite dapat!

Semasa kawan mengambil hadiah cabutan bertuahnya, saya memandang langit sambil berangan. membuat video dalam kepala. lepas tu, sambung borak dan mengucapkan tahniah kat kawan yang dapat cabutan bertuah tu.

Sedang seronok berborak, sampaila ke cabutan bertuah yang terakhir. dalam hati, "erm. tak kan dapat punyala. yang awal-awal tak pernah dapat. inikan yang dah terakhir. so, sambungla makan tanpa menghiraukan langsung no terakhir tu. tetibe!! "nana, no ko ke 170?" ape dia? "170". ha?? no aku la!!

Cecepat berlari nak ambil hadiah hamper yang paling berat time tu. no 1 la katekan sebab orang dah announce dua kali. tak datang-datang. sebut je kali ketiga, terus nak grab hadiah tu tanpa tunjuk no kat juri. hihi. gelabah yang amat sangat. sepanjang umur, inilah kali pertama dapat hadiah cabutan bertuah. kali ni memang betol-betol bertuah walaupon sekadar hamper je. aku tetap dan sangat bersyukur! alhamdulillah.

Marilah sentiasa bersyur dan sentiasa berdoa supaya segala niat dan amalan kita diberkatiNya. 

muka suke giler 1st time dapat cabutan bertuah. hihi.

Thursday, 19 May 2011

Fruit Salad

Salam
Morning uols!
Bosanlah hari ni. 
Jom buat fruit salad. hihi.


Senang je fruit salad ni. hihi. tapi sedap tau! 
jangan tak percaya. lagipon, healthy food. 

Bahan-bahannye:
apple
anggur
tembikai
mangga
pear
lai
or pape je buah yang available.
yogurt

Cara-caranya:
potong dadu buah-buahan tadi.
campur je kesemuanya dan gaul hingga sebati 
dengan yogurt.
tadaaa. dah siap! hehe.

Onion Emoticons

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Wesak

Selamat Hari Wesak kepada penganut agama Buddha.


dari ying. boboi boy. hihi.
selamat bercuti!
Onion Emoticons

Sunday, 15 May 2011

19th times champion: MU

Salam.
Weekend lepas semua orang tengok bola kan. 
Manchester United menang lagi buat kali ke-19. 
dasat kan. tu yang suke sangat tuh!

ishk3. lelaki kalo cakap pasal bola memang no. 1 la.
tapi takpe. sebab lelaki suke bola,
birthday dia pon kene bagi bola jugak.hambik! hehe.


kek cawan ni sedap dan sangat cantik dan kemas. 
rekaan Aishah binti Nasir @Amran.
mari tengok lagi rekaan kek dan cupcake beliau di sini.

selamat hari lahir sayang.
Onion Icons

Mori Lee Blu Strapless Wedding Dress

Salam.
Hari ini mari tengok gambar wedding dress nak tak?
Besttt. hihi.


nana paling suke yang atas ini. 
cantik sangat dengan perincian yang teliti.


yang atas ni cantik jugak kan. 


yang ni pon kan.


macam cinderella yang ni kan. sume cantiklah. huhu.
macamane ni? nak pilih yang mane satu?
macamla bole pakai dress macam ni nak kawin nanti kan. 
berangan je lelebih. haha.

tak ade orang ke nak cipta dress macam ni untuk muslimah? 
sure ramai yang berkenan. 
tapi yang paling penting, menutup aurat yang sepatutnye dan kemas.

kesimpulannye,
sume cantik kan. tak dapat nak dinafikan lagi kan. hihi.
sape tak setuju? takmo layan. hihi.

nak tahu lebih lanjut berkenaan rekaan MORI LEE BLU, 
klik kat sini.

Selamat Hari Ibu 2011

Salam
Berharap tidak terlambat untuk membuat entry pasal hari ibu kan. huhu.
memandangkan masih di bulan Mei, takpe la ek nak buat entry hari ibu walaupon dah terlambat post.
tapi...tak terlambat wish tau. hihi. pantas je wish kat mak.
Onion Icon


jasamu tak akan sekali ku lupakan. 
mahu sentiasa melihatmu gembira.


did you realize that “Mom” upside down spells “Wow”?
Onion Icon
you are really amazing creation by Allah.

Selamat Hari Belia 2011

Salam
sume orang tahu hari ini hari guru kan. 
ade orang tau tak semalam hari belia negara?
sesiapa yang masih bergelar belia, 
mari sambut! haha.
Onion Icons

status belia?
tidak kurang umur 15 tahun, tidak lebih umur 40 tahun.
(Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 
(Akta 668) yang telah diwartakan pada 26 Julai 2007)
sape tu? mari sambut! 


Tema Hari Belia 2011
Pemangkin Transformasi

pelbagai aktiviti yang akan dijalankan 
sempena hari belia negara ni.
mari melawat
Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
kat sini.


selamat menjalankan aktiviti. 
katenye akan ade kumpulan super junior? betol ke?
Onion Icons

Selamat Hari Guru 2011

Salam.
Selamat hari guru kepada cikgu-cikgu, 
pensyarah-pensyarah yang telah dan sedang mengajar saya 
sehingga saya menjadi manusia berguna. 
Minta halalkan segala ilmu yang telah semua cikgu berikan. 
Semoga kita sentiasa diberkatiNya. Amin.


Mari nyanyi lagu yang wajib dinyanyikan oleh guru setiap tahun tu. hihi.


teringat semua cikgu-cikgu. 
MSN Onion Icons


Tema hari guru 2011
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara

Ada lagu juga ye untuk sambutan tahun ini. Mari nyanyi!
 Onion Icons


Happy Teacher's Day 
to all teachers and educators around the world! 
MSN Onion Icons