Followers

Pages

Friday, 20 May 2011

Rezeki

Salam
Pernah ke anda semua berharap untuk mendapat pape cabutan bertuah, hadiah, menang contest or pape jela yang bole dikatakan macam bulan jatuh ke riba?

Macam nana, nana tak pernah terfikir untuk mendapat sume yang disebutkan di atas. sebab takot dikecewakan. takot kecewa. korang believe tak kalo terlalu mengharap akan jadi terlalu kecewa kalo tak dapat?

Tapi lain kan pemikiran sesetengah orang. sebab ade seseorang telah mengajar saya supaya berharap dan berangan untuk memiliki sesuatu, dan kite akan dapat! 

Semalam nana ade menghadiri satu majlis. biasela, selalunye dalam sesuatu majlis akan ade aktiviti dan salah satunya cabutan bertuah. nana register di majlis tu, dapat no cabutan bertuah. dalam hati berkata, "tak pernah seumur hidup dapat cabutan bertuah kot. tak payahla mengharap sangat nak dapat. confirm tak dapat".

Lepas tu, time cabutan bertuah berlangsung, berceritala kami sesame rakan sekerja tentang cabutan bertuah ni. tak pernahnye nak dapat nana ni. tapi ade seorang rakan memberitahu, jangan fikir macam tu. dari rumah lagi dah patut buat video dalam kepala, imagine yang kite akan menang or dapat sesuatu. erk? tak over ke macam tu kn? tak la. itu satu doa. kite mengharapkan sesuatu dariNya. senang je nak minta sesuatu dari Allah kan. sentiasa mendengar dan memberi walaupon kadang-kadang tanpa kita sedari.

Berbalik pada cerita sedang berborak semasa cabutan bertuah sedang dibuat, kawan yang bercerita tadi tetiba bangun dari kerusi dan cakap "no saya!". nana dan sorg lagi kawan rase berdebar dan terkejut! betol ape dia cakap!! memang kene imagine yang kite akan dapat sesuatu. insyaAllah dengan izinNya kite dapat!

Semasa kawan mengambil hadiah cabutan bertuahnya, saya memandang langit sambil berangan. membuat video dalam kepala. lepas tu, sambung borak dan mengucapkan tahniah kat kawan yang dapat cabutan bertuah tu.

Sedang seronok berborak, sampaila ke cabutan bertuah yang terakhir. dalam hati, "erm. tak kan dapat punyala. yang awal-awal tak pernah dapat. inikan yang dah terakhir. so, sambungla makan tanpa menghiraukan langsung no terakhir tu. tetibe!! "nana, no ko ke 170?" ape dia? "170". ha?? no aku la!!

Cecepat berlari nak ambil hadiah hamper yang paling berat time tu. no 1 la katekan sebab orang dah announce dua kali. tak datang-datang. sebut je kali ketiga, terus nak grab hadiah tu tanpa tunjuk no kat juri. hihi. gelabah yang amat sangat. sepanjang umur, inilah kali pertama dapat hadiah cabutan bertuah. kali ni memang betol-betol bertuah walaupon sekadar hamper je. aku tetap dan sangat bersyukur! alhamdulillah.

Marilah sentiasa bersyur dan sentiasa berdoa supaya segala niat dan amalan kita diberkatiNya. 

muka suke giler 1st time dapat cabutan bertuah. hihi.

No comments:

Post a Comment