Salam
Bosan. bosan. rase nak makan manisan, capai beg duit. suh adik g kedai. bukan nak g sendiri. haha.
beli milo. susu pekat. biskut marie. serbuk koko. butter.
sementara menunggu, nana gode-gode internet cari resipi kek batik. setelah hasil kajian. tolak tambah. darab bahagi. terciptala resepi sendiri. haha. i memang pemalas nak guna pelbagai jenis bahan-bahan. so...
jom buat kek batik paling mudah. hehe.
maafla ye. tak amik pulak gambar time kek ni di potong. lepas potong cantik. smooth je.
bahan-bahannya;
- 300g biskut marie
- 125g butter
- ½ cawan air
- 1 paket milo rm4
- ¼ cawan serbuk koko
- ½ tin susu pekat (ikut kesukaan)
cara-caranya;
- patah dua biskut marie. jangan patah seperti retak seribu. nanti tak cantik kan.
- di bekas yang lain, buh butter. milo. susu. serbuk koko. air (kalo boleh, air suam). kacau sampai sebati semuanya dan panaskan sampai menggelegak dan menjadi lebih pekat. melekit.
- padamkan api, buh biskut marie yang telah dipatahkan. gaulkan sekata.
- masukkan dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum di letak dalam peti ais.
dah siap!
da~
No comments:
Post a Comment